Sebuah gunung tidak boleh ada dua ekor harimau - Penganalisis
Iklan
Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) tidak boleh menjadi kuasa dominan secara serentak di Malaysia.
SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) tidak boleh menjadi kuasa dominan secara serentak di Malaysia sekiranya berlaku gelombang besar sokongan pengundi Melayu pada pilihan raya umum akan datang.
Profesor Dr James Chin daripada Universiti Tasmania, Australia berkata, dalam senario berkenaan, UMNO dijangka muncul sebagai kuasa politik nombor satu manakala Pas berada di kedudukan kedua.