TEL AVIV - Hubungan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dijangka kembali tegang selepas pemimpin 'ekstremis' itu menolak cadangan 15 perkara sekutu kuatnya di bawah Lembaga Keamanan Gaza.
Netanyahu dengan angkuh menyatakan tentera rejim Zionis tidak sesekali akan berundur selagi Hamas tidak melucutkan senjata.
Iklan
Iklan
Pada bulan lalu, Lembaga Keamanan yang ditubuhkan Trump mendakwa kesepakatan telah dicapai untuk Hamas dan kumpulan lain meletakkan senjata jika tentera Israel berundur dari Gaza.
"Kami enggan menerima cadangan itu. Kami akan teruskan operasi ketenteraan untuk memerangi ancaman Hamas," kata Netanyahu yang cuba meraih sokongan ahli politik berhaluan kanan ketika mesyuarat Kabinet pada Ahad.
Hala tuju pelan damai diusahakan Trump itu semakin tidak menentu meskipun pegawai Hamas menzahirkan komitmen mereka terhadap perjanjian berkenaan dan bersedia terlibat secara serius dan bertanggungjawab untuk melaksanakan pelan 15 perkara tersebut. - Agensi