Anwar selamat jalani pembedahan hernia perut

Iklan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat menjalani prosedur pembedahan laparoskopi secara elektif bagi merawat hernia perut (para-umbilical hernia), pada Isnin.

Ketua Pasukan Perubatan kepada Perdana Menteri, Datuk Dr Asri Ranga Abdullah Ramaiah berkata, prosedur tersebut berjalan lancar di bawah kendalian pasukan pakar perubatan.

Iklan
Iklan

“Beliau kini sedang menjalani rawatan fisioterapi serta berada di bawah pemantauan pasukan pakar perubatan bagi memastikan proses pemulihan berjalan dengan baik,” katanya dalam kenyataan. 

Terdahulu, Setiausaha Akhbar Kanan Anwar, Tengku Nashrul Abaidah memaklumkan Perdana Menteri sedang menjalani pemeriksaan dan prosedur yang ditetapkan oleh pasukan pakar perubatan dan dijangka berada di bawah pemantauan selama dua hari.

Iklan
Iklan