Owen sangsi ketajaman Sesko

Iklan
Owen berpendapat bahawa Sesko bukan pilihan mutlak dalam kesebelasan utama United. Foto: Agensi

BENJAMIN Sesko mungkin semakin menyerlah bersama Manchester United, namun bekas penyerang kelab itu, Michael Owen masih ragu-ragu sama ada pemain Slovenia berkenaan mampu menjadi penggempur utama jangka panjang di Old Trafford.

Sesko, 23, menjadi satu-satunya penyerang tengah tulen dalam skuad United ketika ini selepas mula menunjukkan peningkatan ketara pada separuh kedua musim lalu.

Iklan
Iklan

Selepas hanya menjaringkan dua gol sehingga penghujung 2025, penyerang yang dibeli daripada RB Leipzig dengan harga £74 juta (RM416 juta) itu menemui rentak apabila meledak 10 gol dalam 15 penampilan pada separuh kedua musim 2025-26.

Bagaimanapun, Owen melihat United masih mempunyai ruang untuk memperkukuhkan pilihan di jentera serangan, terutama menjelang kempen Liga Juara-Juara (UCL).

Iklan

"Dia sudah mengejutkan beberapa pihak. Dia tidak begitu meyakinkan pada awalnya, tetapi bukan mudah untuk kelihatan meyakinkan dalam pasukan Manchester United sejak sedekad lalu.

"Pada separuh kedua musim, United bermain dengan sangat baik dan dia juga semakin menyesuaikan diri dengan peranan itu. Sudah tentu dia akan mendapat lebih banyak peluang musim ini.

Iklan

"Adakah saya melihatnya sebagai penyerang tengah jangka panjang Manchester United? Saya masih mempunyai keraguan," katanya.

Owen turut menyatakan Sesko bukan pilihan mutlak dalam kesebelasan utama United apabila kelab itu sebelum ini mampu beraksi dengan baik menggunakan Matheus Cunha atau Bryan Mbeumo di posisi serangan.

Menurutnya, keperluan mendapatkan penyerang baharu juga perlu dilihat dari sudut kepadatan jadual apabila United kembali beraksi di UCL musim ini.