'American Dream' dan 'birth tourism'
Iklan
Ibu-ibu mengandung ini bukan datang untuk melancong, tapi semata-mata untuk melahirkan anak di Amerika. Foto: hiasan
TAHUKAH anda, The Migration Policy Institute Amerika Syarikat (AS) melaporkan 22,000 hingga 26,000 bayi lahir dari rahim pelancong mereka. Data rasmi kerajaan AS pula mencatatkan 9,600 ibu yang melahirkan anak mereka di AS memiliki alamat di luar Amerika Syarikat.
Dan yang lebih pelik, ibu-ibu mengandung ini bukan datang untuk melancong, tapi semata-mata untuk melahirkan anak di sana, sebelum kembali semula ke negara masing-masing. Kerajaan AS menggelar fenomena ini sebagai 'birth tourism'.