Tafsiran dwistandard politik identiti
Iklan
Malaysia ialah negara majmuk yang mempunyai sejarah pembentukan politik, kontrak sosial dan struktur masyarakat yang unik. - Gambar hiasan
ISU politik perkauman kembali menjadi naratif utama pasca Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan. Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Amirudin Shari mengaitkan prestasi Pakatan Harapan (PH) dengan kecenderungan pengundi Melayu memilih calon Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).
Tafsiran sedemikian bagaimanapun menimbulkan persoalan yang lebih besar: mengapa pilihan politik orang Melayu segera dilabel sebagai manifestasi politik perkauman, sedangkan kecenderungan pengundi bukan Melayu, khususnya Cina, memberikan sokongan besar kepada DAP tidak pula ditafsirkan dengan ukuran yang sama?