Aliff Rakib hadiahkan ibu bapa rumah RM1 juta, umum bakal kahwin gadis Thailand

Iklan
Aliff Rakib diraikan lebih 2,000 rakyat Kelantan pada Majlis Sambutan Wira Kelantan di Lembah Sireh, Kota Bharu pada Sabtu.

KOTA BHARU - Juara dunia Interim Muay Thai Strawweight ONE Championship, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib, 22, membuat kejutan dengan mengumumkan hadiah sebuah rumah bernilai RM1 juta kepada ibu bapanya pada Majlis Sambutan Wira Kelantan di Lembah Sireh di sini pada Sabtu.

Kedua ibu bapanya, Rakib Ahmad, 52, dan Suriawati Che Wook, 46, mengalirkan air mata tanda syukur selepas mendengar pengumuman tersebut sebelum mereka tiga beranak berpelukan di atas pentas.

Iklan
Iklan

"Ini adalah duit yang saya simpan sendiri. Alhamdulillah dengan berkat doa ibu ayah, saya boleh sampai ke tahap ini.

"Saya ingin membanggakan mereka. Selain hadiah rumah, saya juga akan membawa kedua ibu bapa menunaikan umrah," katanya semasa sidang akhbar.

Iklan

Rakib dan Suriawati mengalirkan air mata tanda syukur selepas mendengar pengumuman tersebut sebelum mereka tiga beranak berpelukan di atas pentas sambil disaksikan oleh JLFara (kiri).

Sebelum itu Aliff Rakib diraikan lebih 2,000 rakyat Kelantan dengan perarakan berkuda serta persembahan kebudayaan dan kibaran Jalur Gemilang, bendera negeri serta namanya.

Iklan

Majlis yang berlangsung hampir dua jam itu dianjurkan oleh Pengasas Kosmetik serta pengusaha restoran, Fara Sharina Zamari atau lebih dikenali sebagai JLFara dan turut dihadiri Exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat negeri, Zamakhshari Muhamad.

Aliff Rakib bersama bakal isterinya yang juga seorang gadis dari Thailand.

Terdahulu, jaguh Muay Thai negara itu mencipta sejarah apabila muncul juara dunia Interim Muay Thai Strawweight ONE Championship selepas menewaskan legenda Thailand, Sam-A Gaiyanghadao menerusi kemenangan TKO pada pusingan kelima dalam aksi The Inner Circle 23 di Stadium Lumpinee, Bangkok.

Anak jati Kelantan itu mempamerkan aksi penuh yakin dan disiplin tinggi ketika berdepan Sam-A sebelum memastikan kemenangan bergaya menerusi penyudah pada pusingan terakhir.

Dalam perkembangan sama, Aliff Rakib memberitahu beliau akan mendirikan rumah tangga dengan seorang gadis dari Thailand dalam masa terdekat.