ALOR SETAR - Polis membuka kertas siasatan bagi mengesan pemilik dan mengenal pasti motif sebuah bagasi ditinggalkan di ruang pemeriksaan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, selepas imbasan mengesan imej menyerupai bahan letupan dan dadah.
Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, siasatan awal mendapati lokasi asal bagasi itu ditinggalkan di luar jangkauan kamera litar tertutup (CCTV) sekali gus menyukarkan usaha mengenal pasti individu yang meninggalkannya.