Gunting rambut percuma sempena Bulan Kebangsaan

Iklan

IPOH - Tukang gunting rambut, M Selvaraj, 39, menggunting rambut pengunjung yang hadir secara percuma sempena sambutan Bulan Kebangsaan, di premis perniagaannya di Persiaran Bijih Timah hari ini.

Baginya kemerdekaan disambut tidak dengan sekadar kibaran Jalur Gemilang atau alunan lagu patriotik, sebaliknya peluang untuk mensyukuri nikmat hidup dengan berkongsi apa yang dimiliki bersama masyarakat.

Iklan
Iklan

Menurut Selvaraj, beliau diberi peluang kedua bangkit selepas kecederaan akibat kemalangan, kemahiran menggunting rambut merupakan nikmat yang disyukuri apabila ia menjadi sumber rezeki sejak 15 tahun lalu.

Oleh sebab itu, Selvaraj memilih menyambut Bulan Kebangsaan dengan menggunakan kemahirannya itu untuk membantu orang lain dengan memberi khidmat menggunting rambut percuma kepada pelanggan berbilang bangsa di premisnya hari ini.

Iklan
Iklan

Menggunakan konsep"Free For All”, program tersebut bermula jam 9 pagi hingga 4 petang dan menyasarkan kira-kira 100 pelanggan termasuk golongan gelandangan. - Bernama