'MCA belum kuat, tapi kami berubah' - Sin Woon
Iklan
Sin Woon. Foto: MOHD HALIM ABDUL WAHID
KEMENANGAN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan memberi nafas baharu kepada MCA selepas sekian lama bergelut mendapatkan semula kepercayaan pengundi, khususnya masyarakat Cina.
Di Johor, parti itu menggandakan kemenangan daripada empat kepada lapan kerusi. Di Negeri Sembilan pula, kejayaan memenangi dua daripada tujuh kerusi ditandingi lebih bermakna apabila MCA kembali mempunyai wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas tiga penggal.