Simpan bangkai hidupan marin satu kesalahan
Iklan
Orang ramai diminta menyalurkan maklumat sekiranya mengetahui berlaku aktiviti penjualan, pembelian, penyimpanan atau perdagangan spesies marin yang dilindungi.
SHAH ALAM - Penemuan bangkai penyu atau lumba-lumba yang terdampar di pesisir pantai sering mengundang perhatian orang ramai.
Ada yang mengambil gambar, malah tidak kurang juga membawa pulang tulang atau sebahagian bangkai sebagai cenderamata tanpa menyedari perbuatan itu sebenarnya menyalahi undang-undang.