Pilihan raya dan bayangan masa hadapan
Iklan
Rakyat menunaikan tanggungjawab mengundi dalam PRN Negeri Sembilan ke-16 pada 1 Ogos lalu.
RAKYAT Negeri Sembilan telah pun bersuara! Pilihan Raya Negeri (PRN) berlangsung dengan lancar, pihak yang tewas menerima keputusan dengan terbuka, nama calon-calon Menteri Besar dikemukakan oleh ketua parti yang memenangi kerusi terbanyak, Yang di-Pertuan Besar memilih seorang daripada mereka dan kini kerajaan negeri yang baharu sedang dibentuk.
Pilihan raya di Malaysia sememangnya sentiasa dramatik, didorong oleh kerancakan media sosial, personaliti yang berwarna-warni serta pelbagai teori konspirasi. Namun, walaupun mengikut piawaian tersebut, lebih banyak daripada kebiasaan telah diperkatakan menjelang dan selepas PRN kali ini.