Parti Cina tanpa undi Cina
Iklan
Selepas tiga penggal pilihan raya negeri tanpa satu pun kemenangan di Negeri Sembilan, MCA akhirnya kembali ke Dewan Undangan Negeri.
SELEPAS tiga penggal pilihan raya negeri tanpa satu pun kemenangan di Negeri Sembilan, MCA akhirnya kembali ke Dewan Undangan Negeri. Parti itu menawan Chennah dan Repah, tetapi dengan majoriti tipis, masing-masing 533 dan 444 undi.
Kemenangan ini penting bagi MCA, tetapi turut melahirkan satu ironi. MCA ialah parti yang diasaskan untuk mewakili masyarakat Cina, namun laluan kembalinya dibuka terutamanya oleh penyatuan undi Melayu dan kekuatan jentera UMNO.