Keletihan politik mungkin faktor Nurul Izzah undur diri - Penganalisis politik
Iklan
Nurul Izzah ketika menyertai kempen PRN Negeri Sembilan di Kuala Pilah pada 30 Julai lalu. Gambar kecil: Mohd Azhar. Foto: Bernama
SHAH ALAM – Keputusan Nurul Izzah Anwar untuk mengundurkan diri sebagai Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) mungkin didorong beberapa faktor termasuk keletihan politik, cabaran dalaman parti dan keperluan memberi tumpuan kepada kehidupan peribadi.
Penganalisis politik, Profesor Madya Dr Mohd Azhar Abd Hamid berkata, secara hipotetikal, antara kemungkinan ialah Nurul Izzah mengalami keletihan politik selepas melalui tekanan besar sebagai pemimpin kanan parti.