Eh, apa hal Nurul Izzah?
Iklan
Nurul Izzah
BAGI Awang keputusan Nurul Izzah Anwar untuk 'berundur' sudah terlambat. Nasi sudah menjadi bubur. PKR sudah terbelah dan bermasalah. Kesannya dapat dilihat dalam tiga pilihan raya negeri (PRN) di Sabah, Johor dan Negeri Sembilan (NS).
Dalam hal PKR, menang jadi abu, kalah jadi arang. Tuk Seri Rafizi yang buat parti baharu, Bersama, tak ke mana pun. Orang nampak beliau hanya sebagai pengkritik Tuk Seri PMX dan PKR nombor satu. Parti lawan yang lain pun tak seganas itu.