Wau sempena bulan kemerdekaan

Iklan

KOTA BHARU - Pembuat wau Mohd Norazizi Mustapha, 45, (kiri) dari Kampung Padang Bongor, Binjai giat menyiapkan dua wau mega iaitu wau bulan dan wau kucing bagi menyertai Pertandingan Wau Mega Layangan Merdeka 2026 di Pantai Cherang Laut, Kampung Senok, Bachok pada 30 dan 31 Ogos ini.

Beliau berkata, penghasilan dua wau itu dibantu dua rakannya, Wan Mohd Syamsul Maariff Mohd Halim, 35, (kanan) dan Muhamad Syahmi Rosdi, 31, dengan kos keseluruhan kira-kira RM500.

Iklan
Iklan

Mohd Norazizi berkata, kedua-dua wau berukuran antara 3.3 meter hingga 3.6 meter dengan berat anggaran tiga kilogram itu turut dihiasi elemen warna Jalur Gemilang dan mengambil masa kira-kira dua minggu untuk disiapkan sebelum akan dipertandingkan pada acara berkenaan. - Bernama

 

Iklan
Iklan