Hasrat pulang ke kampung tak kesampaian, pekerja kilang maut dalam nahas

Iklan
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala. Gambar kecil: Raiz Mukhliz

MUAR - Hasrat seorang pekerja kilang yang mahu pulang ke kampung tidak kesampaian apabila mangsa maut dalam kemalangan di Kilometer 144.8, Lebuhraya Utara Selatan (arah selatan) pada jam 8.15 pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, lelaki berusia 18 tahun itu menunggang Yamaha Y15 dari Puncak Alam, Selangor ke kampungnya di Ayer Baloi, Pontian.

Iklan
Iklan

“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala,” katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Raiz Mukhliz berkata, mangsa dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah untuk tindakan lanjut.

Iklan
Iklan

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.