80 tahun MIC: Mengimbangi legasi, membina relevansi
Iklan
Vigneswaran bersama Naib Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan semasa melancarkan logo Sambutan Ulang Tahun Ke-80 MIC di Ibu Pejabat MIC pada 14 Mei lalu. Foto: Bernama
LAPAN puluh tahun merupakan satu pencapaian yang bukan mudah bagi sesebuah parti politik.
Dalam sejarah politik Malaysia, hanya segelintir parti berjaya bertahan merentasi era penjajahan, kemerdekaan, pembinaan negara, transformasi ekonomi dan landskap politik yang semakin kompetitif.