Harimau Malaya janji aksi lebih baik di Cheras

Iklan
Pemain Harimau Malaya menjalani latihan sebagai persiapan menghadapi Filipina di Cheras pada Sabtu malam. Foto Malaysia NT

SKUAD negara akan bangkit memperagakan aksi terbaik sekali gus meraih tiga mata maksimum menentang Filipina dalam aksi terakhir Kumpulan B Piala ASEAN 2026 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras pada Sabtu malam.

Kemenangan dalam perlawanan itu amat penting bagi mencerahkan peluang skuad kendalian Tan Cheng Hoe untuk menempah tiket ke peringkat separuh akhir.

Iklan
Iklan

Pemain tengah Harimau Malaya, Daryl Sham mengakui persembahan pasukan kini menunjukkan trend peningkatan berterusan meskipun mengalami kekalahan 0-2 di tangan Thailand pada aksi di Stadium Rajamangala, minggu lalu.

"Prestasi kami di atas padang semakin meningkat. Walaupun tewas kepada Thailand sebelum ini, kami sedang membaiki setiap aspek permainan dan kami akan tampil dengan persembahan yang jauh lebih baik menentang Filipina nanti.

Iklan

Mengulas mengenai peluang ke separuh akhir, Daryl optimis Harimau Malaya mampu melangkah lebih jauh sekiranya semua pemain memberikan aksi seratus peratus di atas padang.

"Saya yakin kami boleh mara ke separuh akhir jika kami melakukan yang terbaik menentang Filipina. Selepas itu, barulah kami akan fokus untuk bergerak ke langkah seterusnya," ujarnya.

Iklan

Sebelum tumpas kepada Thailand, Malaysia berada pada prestasi terbaik apabila meraih dua kemenangan berturut-turut ke atas Laos dan Myanmar pada peringkat awal saingan kumpulan.

Hanya dua pasukan teratas setiap kumpulan mara ke separuh akhir.