Mohamed Salah sertai Trabzonspor, terima €17 juta semusim

Iklan
Mohamed Salah tiba di Lapangan Terbang Ataturk Istanbul bagi melengkapkan perpindahannya ke kelab bola sepak Turkiye, Trabzonspor pada 5 Ogos 2026. Foto AFP

TRABZONSPOR pada Khamis mengesahkan telah menandatangani bintang Mesir, Mohamed Salah menerusi perjanjian yang menjamin bayaran sebanyak €17 juta (AS$19.6 juta) semusim, lapor Anadolu Ajansi.

Anak syarikat bola sepak Trabzonspor, yang merupakan syarikat tersenarai awam mengumumkan perjanjian itu menerusi dokumen yang difailkan kepada Bursa Istanbul dan disiarkan melalui Platform Pendedahan Awam Turkiye (KAP).

Iklan
Iklan

Salah akan menerima gaji tahunan sebanyak €10 juta serta bayaran menandatangani kontrak berjumlah €7 juta bagi setiap musim.

Penyerang itu juga layak menerima bonus bersyarat pada setiap musim, namun kelab berkenaan tidak mendedahkan jumlah atau kriteria prestasi yang ditetapkan.

Iklan

Menerusi perjanjian berasingan berkaitan hak imej, Salah akan menerima 20 peratus daripada hasil jualan produk yang menggunakan namanya dan dipasarkan oleh syarikat peruncitan Trabzonspor.

Kelab itu juga akan membayar yuran ejen bersamaan lima peratus daripada jumlah pendapatan kasar pemain berkenaan.

Iklan

Perjanjian itu melengkapkan satu daripada perpindahan paling berprofil tinggi dalam sejarah Super Lig Turkiye. - Bernama-Anadolu