Benci tanpa mengenali
Iklan
Fenomena confirmation bias iaitu kecenderungan manusia mencari maklumat mengesahkan kepercayaan sedia ada sambil menolak segala bukti bertentangan. Gambar hiasan
PELIKKAN? Kita tidak pernah berkomunikasi dengan dia, apatah lagi makan dan duduk bersama, namun dia benci kepada kita.
Lagi pelik, diajak kawan-kawan mereka secara berjemaah membenci diri kita. Hakikatnya, fenomena tersebut tidaklah pelik kerana ia merentasi semua individu. Bezanya sama ada kita boleh menerima dan bertenang dengan hal sedemikian.