Main kutu: Menabung atau jerat diri?
Iklan
Main kutu jadi pilihan kerana ia dilihat sebagai satu bentuk simpanan secara paksa yang membantu seseorang mencapai matlamat kewangan. Gambar hiasan
KES kehilangan tiga beranak yang dikatakan mungkin mempunyai kaitan dengan hutang kutu masih menjadi tanda tanya.
Sehingga artikel ini ditulis, polis masih menjalankan siasatan, namun ia sudah cukup menghidupkan semula perbincangan tentang budaya ‘main kutu’ yang sudah lama berakar dalam kehidupan masyarakat kita.