Kerajaan risiko hilang majoriti, blok politik perlu runding semula
Iklan
DAP ketika ini berdepan persepsi bahawa parti berkenaan semakin hilang pengaruh susulan beberapa siri PRN termasuk di Sabah, Johor dan Negeri Sembilan. Gambar hiasan
SHAH ALAM - Kerajaan Perpaduan berdepan risiko hilang majoriti di Dewan Rakyat sekiranya DAP sebulat suara memutuskan meninggalkan gabungan itu.
Penyandang Kursi Pengajian Malaysia di Universiti Victoria, New Zealand, Profesor Dr Kartini Aboo Talib Khalid berkata, tindakan sedemikian akan memberi kesan serta-merta terhadap kestabilan kerajaan, sekali gus memaksa rundingan semula pembahagian kuasa antara blok politik.