'Tiada siapa mahu tragedi ini berlaku' - Pengurus perlawanan insiden pemain bola dipanah petir

Iklan
Sofwan Awae maut selepas disambar petir ketika perlawanan Piala FA Golok di Stadium Santiphap, Sungai Golok pada Selasa petang. Foto Ihsan Polis Thailand

KOTA BHARU - Pengurus perlawanan yang dikenali sebagai Nayok Lee Pasemat menzahirkan rasa dukacita dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam insiden panahan petir ketika berlangsungnya perlawanan Piala FA Golok di Stadium Santiphap, Sungai Golok, Narathiwat pada Selasa petang.

Beliau berkata, kejadian itu merupakan satu tragedi yang sama sekali tidak diingini oleh mana-mana pihak, lebih-lebih lagi mereka yang bertanggungjawab mengendalikan perlawanan.

Iklan
Iklan

"Sebagai pengurus perlawanan, tiada siapa yang menginginkan kejadian seperti ini berlaku.

"Kami hanya mampu berusaha sedaya upaya untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan pencegahan. Namun, apa yang telah berlaku adalah ketentuan ALLAH SWT yang wajib kita terima dengan reda.

Iklan

Terdahulu media melaporkan seorang pemain kelab bola sepak Thailand maut manakala seorang warga Malaysia cedera selepas disambar petir ketika perlawanan Piala FA Golok di Stadium Santiphap, Sungai Golok, di sini, Selasa petang.

Pengurus perlawanan yang dikenali sebagai Nayok Lee Pasemat menzahirkan rasa dukacita dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam insiden panahan petir ketika berlangsungnya perlawanan Piala FA Golok di Stadium Santiphap, Sungai Golok, Narathiwat pada Selasa petang.

Iklan

Menururt Ketua Polis Sungai Golok, Kol Thun Sirikhunt, kejadian berlaku ketika hujan lebat kira-kira jam 5 petang waktu tempatan, apabila perlawanan diteruskan sebelum petir tiba-tiba menyambar bahagian tengah padang.

Kejadian itu mengakibatkan lebih sembilan individu cedera, manakala seorang warga Thailand, Sofwan Awae, 24, pemain Yala FC, meninggal dunia.

Pemain warga Malaysia yang cedera dalam insiden itu dikenal pasti sebagai Mohamad Alif Ezzahan Zulkifli, 22.

Nayok Lee Pasemat turut menyeru semua pihak agar terus bertenang, tidak membuat sebarang spekulasi serta bersama-sama memberikan sokongan dan kekuatan kepada keluarga mangsa yang sedang berdepan saat sukar.

"Semoga semua pihak terus bertenang, saling mengambil berat dan memberikan sokongan kepada keluarga mangsa yang terkorban.

"Semoga ALLAH SWT mengampunkan segala dosanya, melimpahkan rahmat ke atas rohnya serta menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman," katanya.