MELAKA - Petugas giat melakukan persiapan akhir dekorasi pavilion dan astaka masing-masing menjelang Sambutan Hari Landskap Negara (HLN) 2026 di pekarangan Stadium Hang Jebat ketika tinjauan hari ini.
Sambutan HLN 2026 akan berlangsung selama empat hari bermula esok dan dijangka dirasmikan oleh Perdana Menteri, selain menawarkan pelbagai pengisian termasuk pameran, jualan, pendidikan dan aktiviti mesra keluarga. - Foto Bernama