Dari prompt hingga ke kepam
Iklan
Di sebalik kemeriahan meraikan kemunculan perkataan-perkataan baharu itu, dalam diam-diam kita kehilangan pula banyak perkataan-perkataan lama. Gambar hiasan
BAYANGKANLAH begini. Anda tertidur atau koma sejak dari tahun 1986 dan baru minggu lepas anda tersedar kembali. Anda tentu terpinga-pinga melihat keadaan di sekeliling selain terkebil-kebil menatap wajah di dalam cermin. Rambut yang hitam bertukar warna, kulit yang licin pula sudah terasa macam kertas pasir.
Kemudian yang akan membuatkan anda lebih bingung ialah apabila mendapati anda sudah tidak begitu faham percakapan orang di sekeliling. Bukan kerana mereka bercakap dalam bahasa lain, tetapi kerana kebanyakan perkataan dalam bahasa Melayu yang mereka gunakan terlalu asing bagi anda.