Sindiket edar dadah bernilai RM20.74 juta tumpas

Iklan
Keseluruhan dadah yang dirampas dianggarkan bernilai RM20.74 juta.

SHAH ALAM - Gerak geri mencurigakan dua individu yang sedang memunggah guni ke dalam dua kenderaan di Sungai Buloh membongkarkan sindiket pengedaran dadah dengan rampasan bernilai RM20.74 juta dalam Op Kalidasa, minggu lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kedua-dua suspek warga tempatan berusia 24 dan 26 tahun itu ditahan dalam serbuan pertama yang dijalankan di Batu 22, Mukim Ijok, Jalan Kuala Selangor, Sungai Buloh pada 29 Julai lalu.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, hasil pemeriksaan ke atas lokasi itu membawa kepada penemuan 21 guni plastik putih yang mengandungi 409 bungkusan berisi ketulan dan serbuk kristal disyaki dadah jenis methamphetamine seberat 409.40 kilogram.

"Hasil pemeriksaan di rumah berkenaan menemui 900 katrij vape yang mengandungi cecair disyaki dadah jenis MDMA dengan anggaran isipadu 1.8 liter," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini pada Selasa.

Iklan

Ujian saringan awal air kencing mendapati suspek kedua positif dadah jenis THC.

Beliau berkata, keseluruhan dadah yang dirampas dianggarkan bernilai RM20.74 juta dan dipercayai mampu disalah guna oleh kira-kira 2.04 juta penagih.

Iklan

"Hasil siasatan mendapati kedua-dua suspek berperanan sebagai transporter, manakala sindiket ini dipercayai aktif sejak Januari 2026," katanya.

Menurutnya, ujian saringan awal air kencing mendapati suspek kedua positif dadah jenis THC.

"Hasil semakan turut mendapati suspek pertama mempunyai dua rekod jenayah lampau, manakala suspek kedua mempunyai satu rekod jenayah.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bermula 30 Julai hingga 5 Ogos ini," katanya.