BN-PN bukan pakatan terdesak - Reezal Merican
Iklan
Reezal Merican (kanan) ketika program Interviu di Studio F Sinar Harian Kompleks Karangkraf, Shah Alam pada Isnin.
SHAH ALAM - Persefahaman yang terjalin antara Barisan Nasional dengan Perikatan Nasional (BN-PN) bukan pakatan terdesak demi mendapatkan sokongan pengundi Melayu-Islam.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, parti politik perlu sentiasa memikirkan pendekatan praktikal dan pragmatik.