PRN Melaka awal September?
Iklan
Penganalisis menjangkakan PRN Melaka akan diadakan seawal September depan.
PUTRAJAYA – Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dijangka diadakan seawal September depan bagi membolehkan Barisan Nasional (BN) memanfaatkan momentum kemenangan yang diraih dalam dua PRN berturut-turut di Johor dan Negeri Sembilan.
Tempoh itu dilihat paling sesuai untuk BN meneruskan gelombang kemenangan di selatan tanah air, selain mengukuhkan persepsi positif pengundi terhadap gabungan berkenaan.