Peranan lebih besar menanti
Iklan
Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias telah memenangi kerusi DUN Pertang sebaik saja proses pengiraan di 28 saluran selesai. Gambar kecil: M Periasamy
SHAH ALAM - Ketiadaan Datuk Seri Jalaluddin Alias dalam pentadbiran baharu kerajaan Negeri Sembilan selepas tidak dipilih sebagai Menteri Besar dan tidak akan menawarkan diri sebagai anggota exco menimbulkan persoalan mengenai hala tuju politik Pengerusi UMNO Negeri Sembilan itu.
Penganalisis politik, Datuk M Periasamy bagaimanapun berpandangan, perkembangan itu bukan bererti perjalanan politik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pertang itu akan terhenti, sebaliknya dijangka diberi peranan penting lebih besar oleh kepimpinan tertinggi parti.