Lantikan Exco bukan kuasa mutlak Menteri Besar
Iklan
Gambar kecil: Profesor Madya Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain
SHAH ALAM - Pelantikan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan tidak terletak di bawah kuasa mutlak Menteri Besar, sebaliknya diputuskan oleh Yang di-Pertuan Besar mengikut peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.
Pakar Perlembagaan, Profesor Madya Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain berkata, nama calon Exco yang dikemukakan Menteri Besar akan dipersembahkan kepada Raja Pemerintah sebelum pelantikan dibuat.