Puad dakwa kenyataan Annuar Musa angkuh, seolah-olah PN mempunyai jasa besar kepada BN
Iklan
Puad
JOHOR BAHRU – Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa kenyataan Tan Sri Annuar Musa mengenai peranan Perikatan Nasional (PN) dalam pembentukan kerajaan Negeri Sembilan sebagai angkuh.
Menurut bekas Speaker DUN Johor itu, kenyataan Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat Pas itu yang menyebut BN memenangi 18 kerusi dan tujuh kerusi PN membolehkan kerajaan BN-PN dibentuk seolah-olah menggambarkan PN mempunyai jasa besar kepada BN.
Iklan
Iklan
"Ini apa yang Annuar Musa cakap dalam Facebook beliau.....BN memenangi 18 kerusi. Tidak cukup untuk membentuk kerajaan dengan 'simple' majoriti. 7 kerusi PN bukan saja membolehkan PN-BN menubuh kerajaan bersama, tetapi mencukupkan majoriti dua pertiga di Dewan Negeri.
"Bunyi macam angkuh. PN ada dua jasa besar. Pertama, tolong BN tubuh kerajaan. Kedua, bantu BN dapat majoriti dua pertiga," katanya menerusi muat naik di laman Facebooknya pada Isnin.
Iklan
Pada PRN Negeri Sembilan yang berlangsung pada Sabtu lalu, BN memenangi 18 daripada 36 kerusi DUN, diikuti PH dengan 11 kerusi, PN tujuh kerusi, manakala parti lain gagal memenangi sebarang kerusi.
Dalam pada itu, Mohd Puad menambah, BN sebenarnya mempunyai pilihan untuk membentuk kerajaan bersama Pakatan Harapan (PH) kerana gabungan 18 kerusi BN dan 11 kerusi PH sudah mencukupi bagi memperoleh majoriti mudah.
Iklan
"Sebenarnya boleh sahaja ditubuhkan kerajaan BN-PH (18+11). Tetapi kali ini Zahid lebih percaya kepada PN. Zahid mahu formula ini diteruskan di Melaka," ujarnya.
Beliau turut berpandangan Memorandum Persefahaman (MoU) antara BN dan PH dalam Kerajaan Perpaduan wajar ditamatkan lebih awal kerana mendakwa hubungan kepercayaan antara kedua-dua gabungan itu sudah tidak lagi wujud.
"Sebab itu PMX sewajarnya menamatkan lebih awal MOU BN-PH dalam kerajaan perpaduan. Sudah tidak wujud kepercayaan antara BN-PH. Maka kenapa perlu diteruskan?" katanya.
Sebelum ini, BN dan PH bekerjasama dalam Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan, namun BN dan PN menjalinkan persefahaman pilihan raya pada PRN Negeri Sembilan.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.