Hari terakhir lima penjenayah
Iklan
Tugas wartawan jenayah bukan mencari sensasi, sebaliknya mendapatkan fakta tepat tanpa mengganggu kerja pasukan penyiasat. Foto hiasan
DUA minggu lalu, saya berkongsi bagaimana satu khidmat pesanan ringkas (SMS) pada jam 7 malam mengubah tugasan saya pada 11 Mei 2009.
Ketika itu saya dan rakan setugas, Hasniza Hussain baru selesai membuat liputan penemuan mayat mangsa culik di sebuah ladang kelapa sawit di Puncak Alam sebelum bergegas pula ke Bukit Lagong, Sungai Buloh.