PH berdepan krisis kepercayaan pengundi Melayu
Iklan
Keputusan PRN Negeri Sembilan ke-16 menghantar mesej politik jelas kepada PH mengenai cabaran terbesar gabungan itu ketika ini dalam mengembalikan keyakinan pengundi Melayu.
SHAH ALAM - Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 bukan sekadar menyaksikan perubahan imbangan kerusi, malah menghantar mesej politik jelas kepada Pakatan Harapan (PH) mengenai cabaran terbesar gabungan itu ketika ini dalam mengembalikan keyakinan pengundi Melayu.
Kemerosotan PH daripada 17 kerusi pada PRN 2023 kepada 11 kerusi kali ini memperlihatkan bahawa strategi kempen dan naratif yang dibawa sepanjang pilihan raya gagal menembusi sentimen pengundi Melayu.