Lapan tahun BN bangkit semula
Iklan
Profesor Datuk Dr Sivamurugan Pandian
BARISAN Nasional (BN) pernah mengalami kekalahan paling getir dalam sejarah apabila tumbang daripada menerajui kerajaan Persekutuan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Namun, dalam tempoh lapan tahun BN kembali menunjukkan kebangkitan apabila berjaya memperkukuhkan kedudukan sebagai kuasa besar politik menerusi kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan.