Takwim penggal persekolahan kekal

Iklan
Takwim penggal persekolahan sesi 2020 setakat ini diteruskan tanpa sebarang pindaan.

PUTRAJAYA - Takwim penggal persekolahan sesi 2020 setakat ini diteruskan tanpa sebarang pindaan dengan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti biasa.

Menteri Kanan (Kluster Pendidikan), Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, sebarang perubahan dan pindaan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Iklan
Iklan

"Jadual kekal seperti sedia ada untuk penggal persekolahan tanpa ada perubahan," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada soalan pemberita adakah cuti akhir tahun persekolahan akan dipendekkan.

Iklan

Menyentuh mengenai pendekatan atau kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah, Mohd Radzi berkata, pihaknya sedar isu tersebut merupakan antara perkara yang sering dibangkitkan di peringkat bawah melibatkan ibu bapa dan guru-guru.

"Apabila kita bercakap soal kelas dalam talian, masing-masing menghadapi kekangan dan kita dalam garis panduan yang kita berikan kepada guru-guru pada awal PKP (Perintah Kawalan Pergerakan).

Iklan

"Kita nyatakan ialah prinsip asasnya ialah pertama guru perlu mengambil kira kekangan yang dihadapi oleh mereka sendiri dan pelajar dalam menetapkan kaedah mana yang patut diguna pakai dalam menyampaikan pengajaran untuk anak murid di rumah. Kita sedar bahawa ada kekangan dalam talian ini," katanya.

Menurutnya, pihak Kementerian Pendidikan telah melaksanakan kaji selidik melibatkan kira-kira 670,000 ibu bapa dengan jumlah murid hampir 900,000 orang berkaitan pemilikan peranti bagi tujuan pembelajaran.

"Berdasarkan kaji selidik itu, pemilikan peranti elektronik untuk membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan di rumah agak terhad. Saya bagi contoh dalam sampel hampir 900,000 orang pelajar hanya enam peratus mempunyai komputer peribadi, 5.76 peratus mempunyai tablet, sembilan peratus ada komputer riba dan 46 peratus punyai telefon pintar.

"Jika kita lihat dalam konteks ini terdapat kekangan dalam pengajaran dan pembelajaran di rumah kerana anak-anak tidak mempunyai peranti dan kedua ialah tidak mempunyai akses internet. Sebab itu sejak awal kita tekankan kepada guru-guru bahawa ambil kira kekangan yang dihadapi di rumah dalam menetapkan apa kaedah yang sesuai bagi proses tersebut," katanya.