Ismail angkat sumpah Menteri Besar Negeri Sembilan 

Iklan
Ismail mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Besar Seri Menanti.

KUALA PILAH - Ketua UMNO Bahagian Kuala Pilah, Datuk Ismail Lasim mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan pada Ahad.

Ismail, 63, yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Besar Seri Menanti di sini, pada jam 11.20 pagi.

Iklan
Iklan

Turut berangkat ke Istiadat Penyerahan Watikah, Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Menteri Besar Negeri Sembilan itu ialah Tunku Ampuan Besar, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud; Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz dan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan, Tunku Zain Al-'Abidin Tuanku Muhriz.

Hadir sama, Undang Luak Sungei Ujong dan Undang Luak Rembau.

Iklan

Ismail ketika Istiadat Penyerahan Watikah, Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Menteri Besar Negeri Sembilan di Istana Besar Seri Menanti pada Ahad.

Pada kerajaan negeri lepas, Ismail memegang portfolio Exco Pendidikan dan Modal Insan.

Iklan

Ismail telah berkhidmat sebagai ADUN Senaling dari tahun 1999 hingga 2018 dan sekali lagi dari 2023 hingga 2026.

Dari 2018 hingga 2023 pula, beliau berkhidmat sebagai ADUN Juasseh.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16, beliau menewaskan Mohd Aidil Abdullah dari Pakatan Harapan dan Mohd Zuhaimi Md Yusof dari Parti Pribumi Bersatu dalam pertandingan tiga penjuru.

Ismail memperoleh 6,907 undi berbanding 2,816 yang diperoleh oleh Mohd Aidil dan 506 undian oleh Mohd Zuhaimi.