PRN Negeri Sembilan: Kempen perkauman, politik identiti tenggelamkan prestasi, manifesto PH - Amirudin
Iklan
Amirudin (kanan) pada Sidang Media PH berhubung keputusan PRN Negeri Sembilan. Foto Bernama
SEREMBAN - Politik identiti dan kempen perkauman yang mendominasi kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan kali ini disifatkan Pakatan Harapan (PH) antara faktor kekalahan gabungan itu.
Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, perkara itu menenggelamkan perbahasan mengenai prestasi pentadbiran dan manifesto diketengahkan PH semasa kempen.
Iklan
Iklan
Tegasnya, isu berkaitan prestasi kerajaan dan manifesto tidak lagi menjadi topik utama dalam kalangan pengundi apabila kempen lebih tertumpu kepada sentimen kaum dan identiti.
"Malangnya, manifesto bukan menjadi perbincangan, bukan menjadi topik perbincangan. Perbincangan lebih kepada sama ada ini Melayu atau bukan Melayu, sama ada anda menyokong DAP atau tidak.
Iklan
"Saya rasa kebanyakan daripada anda telah melihat video kempen semalam yang mendakwa Pakatan Harapan tidak tahu mengucap kalimah syahadah.
"Saya fikir inilah cara politik identiti dimainkan di lapangan,” katanya semasa sidang media PH di sini pada Sabtu.
Iklan
Menurut beliau, PH telah berusaha menyampaikan mesej melalui media sosial, media arus perdana serta kempen dari rumah ke rumah, selain mengedarkan manifesto kepada pengundi.
Bagaimanapun katanya, usaha itu tidak berjaya menjadikan manifesto sebagai fokus utama perbincangan sepanjang kempen pilihan raya.
Keputusan tidak rasmi menunjukkan PH hanya memperoleh 11 kerusi daripada 36 kerusi yang dipertandingkan pada PRN kali ini. - Awani
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS"><meta itemprop="description" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #PN #RoS #Perundangan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-26T07:31:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P26S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbd8fay"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbd8fay"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbd8fay"></script>