MOSCOW - Sebanyak 13 orang terbunuh apabila sebuah pesawat pelancong kecil terhempas berdekatan kompleks arkeologi yang menempatkan Nazca Lines di selatan Peru, lapor Sputnik/RIA Novosti, memetik penyiar tempatan TVPeru.
Sebelas daripada mereka ialah pelancong asing iaitu tujuh warga Itali, dua warga Jerman dan dua warga Sepanyol manakala dua lagi mangsa ialah kru pesawat yang kedua-duanya warga Peru, menurut laporan radio RPP.
Punca nahas belum diketahui.
Kru pesawat memberi isyarat kecemasan sebelum hubungan terputus. Kebakaran berlaku selepas pesawat itu terhempas.
Iklan
Apabila penyelamat tiba di tempat kejadian, mereka hanya boleh mengesahkan kematian semua yang berada di atas kapal. - Bernama
Iklan
TAG: Peru, nahas pesawat, 13 maut