Perseteruan yang tidak mungkin berakhir?
Iklan
Perseteruan UMNO-DAP akan terus menjadi salah satu tema utama politik Malaysia.
SEMASA mesyuarat mingguan Kabinet Madani, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahidi Hamidi duduk bersebelahan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke. Kedua-dua orang pemimpin yang mewakili dua buah entiti politik yang bertentangan ideologi itu kelihatan akrab sehingga muncul label UMDAP.
Tetapi di sebalik keakraban itu, UMNO dan DAP masih berbeza pandangan tentang asas pembinaan negara. Penyertaan kedua-dua parti dalam pentadbiran Kerajaan Madani tidak dengan sendirinya menamatkan perseteruan politik yang telah berakar sejak lebih enam dekad lalu.