Ini penyelewengan! Jadi, apa selepas RCI TH?
Iklan
Kelemahan urus tadbir dan pengabaian tanggungjawab fidusiari TH wajib dibuka semula dan dibawa ke mahkamah jika ada bukti.
KEPUTUSAN Kabinet menghebahkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji (RCITH) yang meliputi tempoh 2014-2020 adalah dialu-alukan.
Ringkasnya, laporan itu mengesahkan apa yang didakwa dan didedahkan sebelum ini mengenai manipulasi politik, pelanggaran undang-undang serta persekongkolan lembaga pengarah dan pengurusan kanan dengan kalangan politik, khususnya UMNO.