Kontrak politik, amanah rakyat
Iklan
Kemerdekaan bukan sekadar warisan sejarah, tetapi amanah yang perlu dipelihara setiap hari.
BULAN Ogos sentiasa hadir dengan makna yang cukup istimewa. Jalur Gemilang mula berkibar di premis kerajaan, sekolah dan kediaman, manakala laungan semangat kemerdekaan kembali bergema.
Namun dalam sebuah negara demokrasi, makna kemerdekaan tidak hanya terletak pada kebebasan daripada penjajahan, tetapi juga pada keupayaan rakyat menentukan masa depan melalui proses pilihan raya yang bebas, aman dan bermaruah.