Aaron Chia-Aaron Tai mara ke final Terbuka Taiwan

Iklan
Aaron Chia (kanan) dan Aaron Tai mara ke final pertama mereka sejak digandingkan bulan lalu. Foto: FB BAM

BEREGU lelaki negara Aaron Chia-Aaron Tai meneruskan rentak cemerlang apabila melangkah ke final pertama sejak digandingkan bulan lalu selepas menewaskan pasangan tuan rumah Chen Cheng Kuan-Liu Kuang Heng pada separuh akhir Terbuka Taiwan 2026 pada Sabtu.

Pada aksi di Taipei Arena, pilihan kelima kejohanan itu bangkit daripada kekalahan set pertama sebelum mencatat kemenangan 24-26, 21-19, 21-16.

Iklan
Iklan

Menanti mereka di final pada Ahad ialah pasangan Indonesia, Daniel Marthin-Leo Rolly Carnando yang menyingkirkan wakil Jepun Hiroki Okamura-Kyohei Yamashita 21-18, 21-10.

Sementara itu, beregu wanita utama negara Pearly Tan-M Thinaah turut menepati ramalan apabila mara ke final hasil kemenangan 21-15, 21-17 ke atas pasangan Amerika Syarikat Francesca Corbett-Jennie Gai dalam tempoh 36 minit.

Iklan
Iklan

Pilihan pertama kejohanan itu akan berdepan pasangan Jepun Sumire Nakade-Miyu Takahashi yang bangkit menewaskan wakil Thailand Hathaithip Mijad-Napapakorn Tungkasatan 18-21, 21-11, 21-16.