Bot bawa etnik Rohingya karam

Iklan
Antara mangsa yang berjaya diselamatkan dalam tragedi bot karam itu. Foto: The Financial Express

DHAKA – Sebuah bot yang membawa etnik Rohingya karam di perairan pesisir Teknaf, daerah Cox's Bazar ketika cuba memasuki Bangladesh pada Jumaat, mengakibatkan sekurang-kurangnya 13 penumpang masih hilang.

Menurut laporan media tempatan, bot berkenaan dipercayai membawa sekumpulan etnik Rohingya yang cuba memasuki Bangladesh melalui Teluk Bengal sebelum ia karam berhampiran pantai Shah Porir Dwip.

Iklan
Iklan

Nelayan yang berada di lokasi berjaya menyelamatkan 18 mangsa, manakala usaha mengesan baki penumpang yang hilang sedang giat dijalankan.

Semua mangsa yang terselamat telah diserahkan kepada Pasukan Pengawal Sempadan Bangladesh (BGB) untuk tindakan lanjut.

Iklan

Komander BGB Teknaf-2, Leftenan Kolonel Hanifur Rahman Bhuiyan berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8 pagi waktu tempatan berhampiran terminal bot Paschimpara di Shah Porir Dwip.

"Seramai 18 individu berjaya diselamatkan oleh nelayan dan diserahkan kepada BGB, manakala 13 lagi masih hilang," katanya.

Iklan

Setakat ini, pihak berkuasa belum mengesahkan jumlah sebenar penumpang yang berada di atas bot berkenaan ketika kejadian atau punca ia karam.

Insiden itu merupakan antara beberapa kejadian membabitkan etnik Rohingya yang sanggup mempertaruhkan nyawa merentasi laut bagi mencari perlindungan atau kehidupan lebih baik di negara jiran.

Teknaf yang terletak di selatan Cox's Bazar merupakan pintu masuk utama bagi pelarian Rohingya dari Myanmar, dengan kawasan itu menempatkan kem pelarian terbesar di dunia sejak gelombang pelarian besar-besaran pada 2017.

Pihak berkuasa Bangladesh dijangka meneruskan operasi mencari dan menyelamat bagi mengesan mangsa yang masih hilang.- Agensi