SEREMBAN - Sebanyak 51.58 peratus atau 443,461 daripada keseluruhan 859,760 pengundi berdaftar telah menunaikan tanggungjawab masing-masing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16, setakat 2 petang.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Menanti mencatatkan peratus keluar mengundi tertinggi setakat ini dengan 57.6 peratus, diikuti DUN Senaling (57.2 peratus) dan DUN Kota (56.9 peratus).