SEREMBAN - Sebanyak 8.29 peratus atau 71,106 daripada 859,760 pengundi telah menunaikan tanggungjawab masing-masing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16, setakat 9 pagi ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Labu mencatatkan peratus keluar mengundi tertinggi setakat ini dengan 10.4 peratus, diikuti DUN Senaling (10.3 peratus) dan DUN Ampangan (9.4 peratus).