Polis siasat kematian anjing ketika operasi tangkapan haiwan liar

Iklan
Tangkap layar rakaman video yang tular memaparkan keadaan di lokasi kejadian.

KLANG - Polis membuka kertas siasatan berhubung kematian seekor anjing semasa operasi gotong-royong menangkap anjing liar yang dijalankan pihak berkuasa tempatan (PBT) bersama penduduk di Taman Teluk Gedung Indah di sini pada Rabu

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana disyaki melakukan khianat dengan membunuh haiwan.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, tindakan itu diambil selepas polis mengesan rakaman video yang tular di media sosial memaparkan sekumpulan lelaki mengikat dan menarik seekor anjing, manakala seorang wanita dilihat merayu supaya haiwan berkenaan dilepaskan.

"Rakaman itu dipercayai berlaku kira-kira jam 10.50 malam di hadapan sebuah rumah di kawasan berkenaan.

Iklan

"Selepas kejadian, anjing itu disahkan mati dan telah dihantar ke Ibu Pejabat Jabatan Veterinar Selangor bagi tujuan bedah siasat," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Terdahulu, seorang individu menerusi media sosial mendakwa dia dan ibunya menyaksikan anjing peliharaan mereka, dikenali sebagai Rocky, mati selepas dipercayai dipukul ketika operasi berkenaan.

Iklan

Menurut individu itu, Rocky dipelihara sejak kecil dan dianggap sebagai sebahagian daripada keluarga mereka.

Namun dakwanya, pada malam kejadian, Rocky diikat dengan tali pada bahagian leher sebelum ditarik dengan kuat sehingga tercekik, selain dipukul di kepala menggunakan sebatang besi.