Tentera: Kesetiaan kepada raja dan negara
Iklan
Sebilangan pasukan tentera telah dianugerahkan Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong yang merupakan sebagai satu bentuk pengiktirafan tertinggi. Foto Bernama
ISU-isu terkait kesetiaan kepada raja dan negara kebelakangan ini dilihat sebagai satu stigma yang menarik perhatian pelbagai pihak. Walaupun falsafah kesetiaan ini telah wujud sekian lama, ia masih belum difahami sebaiknya dan ini merupakan sesuatu yang harus dibimbangi serta diperbetulkan. Ini kerana falsafah ini merupakan roh dan semangat yang mendasari kewujudan dan kelangsungan sesebuah institusi diraja dan negara.
Bagi angkatan tentera, falsafah ini telah diterapkan ke sanubari setiap anggotanya sejak menyertai Perkhidmatan Seri Paduka Baginda. Istiadat ‘Angkat Sumpah Taat Setia Perwira’ pada hari pentauliahan pegawai tentera merupakan titik mula tentera menumpahkan kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada raja dan negara.