'Bukan kerjakan Tabung Haji'
Iklan
Menurut RCI sekiranya MFRS dipatuhi sepenuhnya, TH tidak akan melaporkan keuntungan RM3.4 bilion yang diuar-uarkan, sebaliknya merekodkan kerugian bersih RM1.4 bilion pada tahun 2017. Foto fail Bernama
EKORAN daripada hasil siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH), macam-macamlah cerita ngeri yang keluar. Netizen pun cepat guna kesempatan tunjuk bakat kreatif dengan buat macam-macam poster digital. Salah satu yang paling popular bunyinya, “Rukun Islam kelima adalah mengerjakan haji, bukan mengerjakan Tabung Haji.”
Dalam senyum terasa betul sindiran itu. Nampaknya hasil RCI itu memang mendedahkan ada pihak yang betul-betul 'mengerjakan TH'. Ini skandal skala besar yang tak jauh bezanya dengan 1MDB.