Sinar Harian rakan strategik agenda antirasuah - SPRM

Iklan
Hisyam

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyifatkan Sinar Harian sebagai rakan strategik dalam membina pemahaman serta menyebarkan berita yang memberi manfaat kepada masyarakat khususnya dalam agenda pencegahan rasuah.

Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik (BKS) SPRM, Hisyam Mohd Yusoff berkata, SPRM percaya bahawa Sinar Harian akan terus memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada masyarakat melalui penyampaian berita yang telus, berintegriti dan berkesan.

Iklan
Iklan

"SPRM melihat Sinar Harian sebagai rakan strategik dalam membina pemahaman serta menyebarkan berita, maklumat dan informasi yang memberi manfaat kepada masyarakat, khususnya dalam membantu SPRM meneruskan agenda pencegahan dan pembanterasan rasuah di negara ini," katanya pada Jumaat.

Beliau berkata demikian sempena sambutan ulang tahun penubuhan Sinar Harian yang ke-20 pada 31 Julai selepas mula diterbitkan pada 31 Julai 2006 dan kini terus komited menyampaikan laporan yang pantas, tepat serta berimbang kepada rakyat.

Iklan

Tambah Hisyam, dengan penuh sukacita SPRM mengucapkan selamat menyambut ulang tahun ke-20 kepada Sinar Harian.

Kata beliau, tahniah sekali lagi kepada Sinar Harian atas pencapaian 20 tahun ini.

Iklan

"Semoga terus maju dan menjadi wadah media yang mendukung nilai integriti demi kesejahteraan negara," ujarnya.